BERITA SEMASA SMKA(P) ALMASHOOR
SAMBUTAN AIDILFITRI RIMUP BERKONSEPKAN GOTONG ROYONG

22 OKTOBER 2008 - Berkonsepkan gotong-royong, Sambutan Aidilfitri Rimup 2008 diadakan dengan jayanya walaupun dalam suasana hujan. Tahun ini, pelbagai masakan seperti Laksa Penang, Cucur Udang dan beberapa jenis kuih raya dibuat secara gotong-royong oleh guru-guru, staff sokongan serta para pelajar. Acara Sambutan ialah ucapan pegawai PPD Pulau Pinang, ucapan pengetua, Persembahan pelajar SMK(P) Cina, SMK(P) Seri Mutiara, Convent Pulau Tikus dan pelajar-pelajar sekolah sendiri. Lihat Foto di sini.
SAMBUTAN HARI GURU 2008 MERIAH

23 MEI 2008 - Sambutan Hari Guru pada tahun ini meriah dengan penglibatan guru-guru terutamanya bagi acara permainan. Seperti tradisi, majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan solat hajat, kemudian perarakan denganpersembahan silat lincah kemudian perhimpunan bagi mendengar perutusan Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran. Seterusya acara permainan dimulakan dengan guru-guru bertanding 3 kumpulan dalam melipat kain, memakai sampin dan memasukkan benang dalam jarum. Bagi guru-guru perempuan pula, acara yang dipertandingkan ialah Bowling Nyior dan Bola Jaring. Acara kemudian diteruskan di dewan dengan penyampaian anugerah dan persembahan pelajar dan guru. Ustaz Nik dan Cikgu Derani dipaksa ke pentas menjawab pantun selain pelajar tng. 1 dan 2 mempersembahkan koir dan dikir barat. Tokoh Guru 2008 disandang oleh Cikgu Jalilah manakala Guru Paling Popular ialah Cikgu Khairana. Klik untuk melihat foto di sini.
PERTANDINGAN KAWAT KAKI NEGERI, PKBM MENCIPTA NAMA

7 MEI 2008 - Tahun ini, sekolah telah berjaya menghantar wakil untuk pertandingan kawat kaki setelah dua tahun menyepi. KRS dan PKBM yang telah menang naib johan dalam pertandingan kawat kaki daerah negeri telah berjaya memasuki pertandingan peringkat negeri di SMK Teluk Bahang. Walaubagaimanapun, PKBM telah meraih naib johan negeri manakala KRS ditempat yang keempat. Pelajar Tingkatan 4 Abqar, Wan Nur Husniyyah telah meraih Johan Ketua Platun terbaik negeri. Sekolah tetap merasa bangga dengan pencapaian peserta semua dan semoga tahun depan kita bakal merangkul johan negeri.
MESYUARAT PIBG KALI KE 30 MEYAKSIKAN MUKA-MUKA BARU DALAM AJK-NYA
23 MAC 2008 - Mesyuarat Agong PIBG telah diadakan dengan jayanya dengan perasmian oleh Mantan Pengetua Sekolah 2006-2007, Puan Zainab Binti Md. Saman yang kini menjawat Ketua SPPIM Kedah. Majlis diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid Soutul Nisa. Pada tahun ini, En. Shaari telah dipilih menjadi Yang DiPertua PIBG menggantikan Puan Abadah Ramli. Agenda pembentangan usul berjalan lancar dengan perbincangan usul tentang pembawaan buku teks ke sekolah oleh pelajar, siaraya di asrama, kelas tuisyen, masalah yang melibatkan pembayaran yuran termasuk yuran Program Cemerlang Akademik (PCA) dan lain-lain.
AIDA NAQUIAH PELAJAR TERBAIK SPM 2007
17 MAC 2008 - Kejayaan dua kakaknya kesayangannya menjadi pembakar semangat kepada Aida untuk terus berusaha sehingga meraih keputusan SPM yang cemerlang baru-baru ini. Aida Naquiah merupakan pelajar terbaik SPM sekolah 2007 dengan memperolehi 12A1 dan 1B3. Kejayaaan beliau merupakan hasil dorongan ibunya, kakaknya serta tunjuk ajar guru-guru tanpa mengenal jemu. Aida merupakan seorang pelajar yang rajin di dalam kelas, sentiasa bertanyakan guru terhadap setiap masalah akademik dan kerap membuat nota setiap waktu pembelajaran. Beliau yang mendapat 5A UPSR dan 9A PMR sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang tugasan dan aktiviti di sekolah. Temannya Naimah Binti Tahir ( bersama-sama Aida di atas ) meraih tempat kedua dengan 11A1 dan 1B. Sekolah mengucapkan tahniah di atas pencapaian pelajar-pelajar cemerlang dan teruskan kecemerlangan anda dengan lebih baik lagi di masa hadapan.
SAIDAH NAFISAH MENGHARUM NAMA SEKOLAH MELALUI KEPUTUSAN STPM 5A PRINSIPAL
17 MAC 2008 - Saidah Nafisah binti Mohd. Firdaus Ang telah memperolehi keputusan 5A Prinsipal STPM baru-baru ini sekaligus mencapai terbaik STPM sekolah dalam sejarah dan antara yang terbaik di Pulau Pinang. Beliau merupakan anak kepada seorang tukang kayu yang di tinggal di Tanjong Tokong telah berusaha bersungguh-sungguh berkat dorongan dan kepercayaan keluarga dan gurunya. Beliau bercita-cita untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang penterjemahan. Temannya Nur Diyana Musannif mendapat 5P dengan 3A. Tahniah diucapkan dan teruskan kecemerlangan anda.
 |
KEPUTUSAN PMR 2007 MENCATAT SEJARAH, NUR HAZEERAH HASHIM KEDUA TERBAIK PMR DI PULAU PINANG
28 Disember 2007 - Sekolah dikejutkan buat kali pertamanya dengan jumlah pelajar 9A dalam keputusan PMR 2007 sebanyak 40 orang. Jumlah ini sekaligus menjadikan pelajar-pelajar PMR 2007 terbaik berbanding tahun-tahun sebelum ini walaupun keseluruhan lulus adalah 99.71%. Manakala jumlah 8A pula sebanyak 18 orang, 7A sebanyak 14 orang, 6A 12 orang dan 5A 11orang. Pelajar 3 Iltizam, Nur Hazeerah Bt. Hashim (gambar di atas di sebelah kiri sekali) merangkul 9A terbaik di sekolah dan kedua terbaik di seluruh Pulau Pinang. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Di atas adalah wajah-wajah pelajar yang mendapat keputusan 9A. Sekolah amat mengharapkan agar pelajar-pelajar tersebut terus berusaha dengan lebih cemerlang untuk peperiksaan SPM kelak. Kepada pelajar-pelajar bakal PMR tahun 2008 diharap dapat berusaha menandingi pencapaian PMR 2007.( Klik untuk lihat keputusan, analisa dan peratus gred)
ACARA MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2008
1 Februari 2008- Seperti acara tradisi sekolah, merentas desa telah diadakan di taman belia dan kebun bunga dengan penglibatan semua pelajar. Bagi tahun ini, terdapat penyertaan daripada SMK St. George, SMK(P) Seri Mutiara dan SMK(P) Cina. Johan bagi acara ini ialah Nor Suhaili Johari dari rumah Siti Maryam. Kedudukan mata bagi rumah sukan ialah Siti Aisyah dengan 315, Khadijah dengan 290, Maryam dengan 250 dan Hawa dengan 140 mata. Sila klik untuk melihat panorama dan 10 pelari terbaik.
ACARA SUKAN TAHUNAN: RUMAH MARIAM JUARA LAGI
28 FEBRUARI 2008 - Acara sukan tahunan kali ini meriah walaupun berlaku dalam suasana hujan. Seperti tahun lalu, acara lari 100 M hingga 400 M mendapat saingan yang hebat di antara keempat-empat ruman sukan. Acara tarik tali menyaksikan kekuatan puteri luar biasa sehingga dua tali yang disediakan telah putus. Johan acara tari tali dimenangi bersama oleh rumah siti aisyah dan siti hawa. Juara bertahan rumah siti mariam telah tewas kepada rumah siti aisyah. Johan keseluruhan sukan tahunan 2008 disandang oleh rumah siti mariam dengan 781 mata manakala naib kepada rumah siti khadijah dengan 741 manakala rumah siti aisyah dengan 736 mata. Lihat foto di sini.
|