:: Menu Pilihan
Sila Klik Pilihan Anda
:: EMAIL

webmaster@ smkapmashoor.net

:: Kemaskini
2008
 
:: Tazkirah

KARYA DAN TAZKIRAH WARGA SMKA(P) ALMASHOOR

40 Nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib

Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali Ibn Abi Talib sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh oleh Saiyidina Ali Ibn Abi Talib dan kitab Al Bayan Wattabyeen oleh Al Imam Abu Othman Amru Ibn Bahr Al Jaahidh r.a.


1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda. 2. Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran. 3. Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah hanya sekeping daging. 4. Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin. 5. Jagailah ibubapamu, nescaya anak anakmu akan menjagai kamu. 6. Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai kepercayaan terhadap Allah s.w.t. 7. Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin. Tidak ada yang lebih terpencil daripada seseorang bakhil. 8. Seorang arif adalah lebih baik daripada arif. Seorang jahat adalah lebih baik dari kejahatan. 9. Ilmu adalah lebih baik daripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai, sedangkan ilmu menjaga kamu.

10. Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahanmu dengan mendirikan solat. 11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam. 12. Mengajar adalah belajar. 13. Berkhairatlah mengikut kemampuanmu dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan. 14. Insan terbahagi kepada 3 : mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran. Golongan terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing. 15. Insan tidak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah. 16. Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah. 17. Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat daripada mencari kesilapan orang lain. 18. Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya. 19. Manusia sebenarnyasedang tidur tetapi akan bangun apabila ia mati.

20. Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia rahsia kebenaran itu. 21. Allah s.w.t merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya. 22. Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya. 23. Seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta. 24. Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya. 25. Barangsiapa yang mencari qpq yqng tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya. 26. Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat. 27. Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran. 28. Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba. 29. Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.

30. Putus harapan adalah satu kebebasan, mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan. 31. Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan. 32. Seorang akan mendapat teladan diatas apa yang ia lihat. 33. Taat kepada perempuan (selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar. 34. Kejahatan itu mengumpulkan kecelakaan yang memalukan. 35. Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah. 36. Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihatlah apa yang dikatakannya. 37. Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura pura. 38. Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan. 39. Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya. 40. Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi. esok takkan sama dengan hari ini, seperti mana hari ini tak sama dengan semalam...

 

7 jenis wajah mayat di dalam kubur


1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan,syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

WATIKAH BUAT ADIK
PESANAN IKHLAS BUAT ADIK-ADIK PUTERI ALMASHOOR
DARIPADA KAKAK-KAKAK MU 6 ATAS SESI 2006

Penyinggahan kami di bumi Al-Mashoor ini...
Cukup bermakna bagi kami semua...
Walau seketika cuma...tapi di bumi Al-Mashoor inilah...
Bermulanya kami mengorak langkah...
Mendalami ilmu-ilmu agama, dan berjihad di jalan Allah.

Ilmu yang dicurahkan tak pernah lokek kami rasakan,
Walaupun umur semakin meningkat...
Masa terus berjalan dan guru bersilih berganti...
Kami tetap berteduh di bawah payung Al-Mashoor ini...
Oleh itu, terimalah watikah ini dari kami dengan hati terbuka
dan membunga wangi...

Wahai adik-adikku sekalian...
Yang dikatakan wanita sejati ialah yang melindungi diri
dan hatinya dengan amal, yang melabuhkan hijab dari pandangan,
yang menabur sopan ke setiap penjuru,
yang melembutkan suara merdunya...
yang sentiasa cekal dan tabah hatinya,
yang tidak patah semangat wajahnya,
yang menebarkan cinta ke sejagatnya,
yang melimpahkan hati dengan keinsafan,
yang mengukuhkan jiwa dengan ketaatan,
yang menghiasi peribadi dengan kasih sayang,
yang mengosongkan hati dengan dendam,
dan yang menyemarakkan kasturi di kelopak Iman....

Wanita dipandang dari peribadinya...
Direnung dari akhlaknya,
Dinilai dari kesabarannya...
Dilihat dari kesetiaannya,
Ditinjau dari ketaatannya...
Allah dibesarkan dari solatnya,
Puasa menjadi amalannya,
Al-Quran menjadi hiburannya...
Zikir menjadi siulannya...
Senyuman menjadi sedekahnya,
Sunnah Rasulullah menjadi ikutannya,
Jihad menjadi gelanggangnya....

Kalam terakhir dari kami...
Biarlah kata-kata ini dijadikan perangsang
Buat mereka yang berjuang...
Untuk menghadapi hari yang mendatang,
Kejora wajahmu ditelan hambar,
Memekar sasar debunga pahar,
Restunya berbalas tanpa dicagar,
Ikatan salam kami untuk seragam,
Tersemai abadi damai menikam....

Yang Ikhlas,
PELAJAR-PELAJAR PRA-U STPM 2006
SMKA (P) AL-MASHOOR

  balik ke laman utama  

 

Hakcipta Terpelihara © 2005
PENAFIAN:
SMKA(P) AlMashoor tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

:: Mesej Pilihan